Mustika Geliga Pandan Sukma Alam
Mustika Geliga Pandan Sukma Alam keadaannya yang sangat cantik , sejujurnya Tok perolehi di Pulau Besar , Melaka. Mustika ini antara mustika yg sangat sukar diperolehi , bagi pengumpul barang mistik atau pengumpul batu pasti kalian jarang atau sukar menemui mustika seperti ini . Ceritanya begini pada tahun 1997 Tok ada membawa beberapa sahabat dari Pahang dimana mereka ini gemar melakukan penarikkan barang , salah seorang dari group mereka mendapat mimpi dimana mereka menjumpai sesuatu disana lantas mereka menghubungi Tok untuk Membantu mereka kesana. Setibanya disana kami berpecah kerana mengikut perjanjian Tok hantar mereka sahaja. Selepa 4 hari kami berjumpa ditempat yg telah tok tetapkan . Memandangkan Tok tidak ada apa hendak lakukan tok dan sahabat baik tok Tuan Syed Rahman dari perguruan Harimau Sufi mengambil keputusan untuk bermalam diPulau besar sahaja , Pada sebelah malam kami berwitir berhampiran Makam Wali ALLAH Sultanul Al-Ariffin , pada malam pertamanya tok tidak mendapat sebarang gangguan namun pada malam ke2 tok tertidur kemudian tok terjaga , Tok dapati tok berada disatu tempat yg sangat aneh , suasana seperti diperkampungan Bunian di Gunung Senyum Pahang . apa yang tok dapati tok langsung tidak mampu bergerak namun tok dapat melihat beberapa orang bunian berpakaian seperti panglima dan ada yg berpakaian putih dan hijau . Lalu tok didatangi seorang Wali yang bernama Syeikh Muzzaffar Idris seorang Panglima Banten menegur tok dan diakhiri dgn ucapan Salam . Lalu tok tersedar dan tok dapati dikeliling tok mempunyai 5 biji Mustika Geliga Pandan yg belom dicanai . Bila tok scan adakalanya sejuk adakalanya panas . Tok diamkan sahaja sehinggalah tok pulang ke Rumah tok. semasa didalam jagaan tok tiada perkara pelik pada fikiran tok mungkin mustika ini sekadar mustika , namun fikiran tok meleset tepat 2 Febuary 2010 tok didatangi mimpi sebanyak 7 kali dimana mimpi yang sama pada bulan yang sama , hamba didatangi Syeikh Muzzafar Idris menceritakan keindahan mustika tersebut dan penjaganya . Selepas 7 kali mimpi tersebut tok berhasrat untuk membawa kepada guru tok untuk diScan, selepas pada itu guru tok katakan terlalu banyak isiannya dan bukan sembarangan orang boleh memilikinya jika seseorang itu amalannya kurang . Namun tok memilih untuk menyimpan dahulu jika masa dah sesuai Tok akan maharkan pada mereka yang sanggup.
HAMBA MEMBERI IZIN KPD MEREKA YG BOLEH SCAN , SILALAH SCAN MENGIKUT KEPANDAIAN MASING2 UNTUK MENENTUKAN SAMADA IANYA ASLI ATAU TIDAK. HAMBA MEMBERI 1 NAMA KUNCI UNTUK PEMBUKA , AL FATIHAH KEPADA SYEIKH SULAIMAN JAILANI @ TOK RIMBA SAKTI .SESUDAH SCAN TUAN NILAILAH SENDIRI BETAPA HEBATNYA ALLAH MEMBERI KUASA PADA MUSTIKA INI DGN IZINNYA...
Antara keindahannya :
Pertempuran yg sangat kuat
Penderas Pukulan
Pemberat Pukulan
Pembisa Pukulan
Renungan yang mampu melumpuhkan Qadam orang lain
Pemati Langkah yg cepat
Pembungkam
Mampu mengesan Mahkluk Ghoib dgn Mudah
Mampu Menundukkan Lawan dgn Renungan mata
Mampu membalikkan sihir dgn Mudah
Pendinding yang sangat Ampuh
Medium Utama kealam Sebelah
Perubatan yg Ampuh
Kod Produk : 08/06-01
Bentuk : Cincin saiz 19'
Perak 960
Mahar : RM1000
Mahar 100% untuk Sumbangan Anak-anak yatim
sold out
BalasPadam