Mustika Permata Serai Ghaib
Kebaikan serai wangi sungguh banyak dan ladang penanaman serai kami di johor membuahkan hasilnya. Serai wangi juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Di beberapa negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya.
Daun kering serai wangi boleh digunakan sebagai penghalau serangga. Juga, daun kering itu boleh dijadikan sebagai haruman rumah dan kereta.
Sesetengah orang Melayu percaya sekiranya serai wangi sudah berbunga, di bawah rumpun serai wangi itu ada buntat atau batu hikmat. Lebih menarik, serai wangi yang sudah berbunga dikatakan ada penunggu yang menjaganya.
Batu serai wangi dikatakan boleh menjadi buntat untuk tujuan perubatan. Ada yang menyimpannya sebagai pelaris.
Batu Serai Wangi boleh dibuat cincin. Ada yang mengatakan batu cincin itu akan mengeluarkan cahaya yang luar biasa pada saat-saat tertentu.
Batu itu juga disebut akik dan dapat menghindarkan pemakainya daripada bahaya dan ilmu tuju.
Menurut kepercayaan, tidak semua orang boleh menanam serai wangi. Serai wangi hanya boleh hidup, apatah lagi berbunga, jika ditanam oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
Kita juga tidak boleh mencabut serai wangi sebarangan. Hanya tuannya sahaja yang boleh mencabut serai wangi itu sebelum dibuat ubat atau diberikan kepada orang lain untuk ditanam. Alhamdililah , rezeki allah untuk kami maharkan di Gerbang Mistik Melaka.
Khasiatnya
- Pelaris -
- Pendindin Sihir -
- Pembatal Sihir -
- Menaikkan Seri Wajah -
- Kewibawaan -
- Penarik Rezeki 7 Penjuru -
- Pengasihan -
Kod Produk : MPSG
Bentuk :Permata
MAHAR : RM156
Assalamualaikum.
BalasPadamMasih ada ke tuan?
wsalam tuan ya Masih ada lg
BalasPadam